KUALA LUMPUR: Tan Sri Nazir Razak akan bersara dari jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas peluang untuk berkhidmat di BPMB selama dua tahun ini," kata Nazir dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh BPMB, hari ini.
Menurut tokoh perbankan negara itu, sepanjang dua tahun bersama BPMB, beliau bersama pasukannya berjaya menyelesaikan penggabungan dengan Danajamin selain memperkukuhkan
pasukan pengurusan
"Dalam tempoh ini, kami berjaya memperbaiki operasi dan keseluruhan tadbir urus, yang mana hasilnya kini kumpulan BPMB yang lebih kukuh dan bersepadu. Kami juga telah melancarkan Agenda 2025 (rancangan transformasi tiga tahun kami) dan juga rangka kerja MIND (Measuring Impact on National Development), suatu kaedah objektif untuk menilai pinjaman dan pelaburan kami," kata Nazir lagi.
Nazir yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB Group menyertai BPMB pada tahun 2021 dengan matlamat untuk menyelia penggabungan yang dirancang antara institusi kewangan pembangunan (DFI) Malaysia.
Fasa I, iaitu penggabungan antara Danajamin Berhad dan BPMB telah diselesaikan pada tahun 2023, dan fasa II - penggabungan dengan SME Bank dan EXIM Bank - masih menjadi sebahagian daripada perancangan konsolidasi DFI, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2020.
"Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan BPMB untuk masa depan. BPMB mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mempunyai potensi untuk memberi impak yang lebih besar atas pembangunan negara.
"Selepas ini, masa saya akan tertumpu kepada pelaburan ekuiti swasta ASEAN yang saya usahakan dan juga peranan baharu saya sebagai pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan (Business Advisory Council) ASEAN Malaysia," kata Nazir lagi.
Sementara itu, BPMB juga merakamkan penghargaan kepada Nazir di atas sumbangannya yang tidak ternilai.
BPMB ditubuhkan pada 28 November 1973 sebagai institusi kewangan pembangunan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana melalui kemudahan pembiayaan, latihan dan perkhidmatan nasihat.
Astro Awani
Thu Apr 20 2023
Tan Sri Nazir Razak akan bersara dari jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan. - Gambar fail Astro AWANI
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.
Adaptasi filem, Nazir Razak pilih Syafiq Kyle?
Tokoh perbankan negara itu kagum dengan lakonan Syafiq Kyle drama Astro Original, One Cent Thief.